Sunday, May 17, 2015

Bagaimana memilih produk kesihatan?



 Hari  ini kita mendapati terdapat banyak syarikat MLM di pasaran. Beribu-ribu syarikat MLM dengan pelbagai jenis barangan. Ada orang menceburi perniagaan MLM dan ada orang menjadi pembeli atau pengguna sahaja.  Kebanyakan syarikat MLM menjual barangan kesihatan. Mereka menjanjikan kaedah terbaik untuk mencegah berbagai-bagai penyakit.  

 Namun, kebanyakan pembeli yang membeli barangan kesihatan adalah mereka yang bukan untuk mencegah penyakit, tetapi rata-rata untuk mengubati penyakit. Mereka berharap dengan mengguna produk tersebut, penyakit mereka dapat diubati, mereka dapat sembuh dengan secepat mungkin.

  Pada zahirnya, kita sedia maklum bahawa produk kesihatan adalah bagi mereka yang sihat. Orang yang sihat akan menjadi lebih sihat atau kekal sihat apabila menggunakan produk kesihatan. Mengapa? Ini kerana barangan kesihatan memerlukan sistem penghadaman untuk menghadam zat-zat makanan lalu menggunakan sistem saraf yang berfungsi menghantar zat-zat tersebut kepada organ-organ yang memerlukan. Zat-zat inilah yang dapat menguatkan organ-organ badan, mencegahnya daripada penyakit, malah mampu mengubati penyakit.       

 Dengan memahami fakta dan fenomena tersebut, saya melihat potensi pasaran yang sedia ada. Begitu ramai orang sedang mencari produk kesihatan sedemikian. Maka saya telah memilih syarikat ini, di mana ia bukan sahaja menghasilkan produk kesihatan, tetapi telah melangkaui tahap tersebut kerana ia adalah sebuah syarikat yang melopori dan mengkaji sains kesihatan yang dipanggil Bio Medical, menghasilkan produk-produk Bio Medical, dan memasarkan produk kesihatan Bio Medical. Produk Bio Medical merupakan sains kesihatan hebat yang terkini!

  Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama memahami susur galur produk kesihatan. Era produk kesihatan pertama adalah pada tahun 1970, iaitu era penghasilan pil-pil vitamin. Pil vitamin jenama California Vitamin dihasilkan oleh Carl F. Rehnborg pada tahun 1930-an. Tujuan penghasilan pil vitamin adalah disebabkan selepas perang dunia pertama, banyak tanaman dan manusia terkorban. Penghasilan sumber makanan terbantut. Kebuluran berlaku dan masyarakat di negara barat kekurangan zat asas, iaitu vitamin. Demi menampung keperluan tersebut, maka pil vitamin dihasilkan bertujuan menyelamatkan keadaan ketika itu. Penghasilan pil vitamin adalah secara sintetik, iaitu melalui kaedah kimia. Untuk pemasaran yang cepat serta menyediakan peluang perniagaan, sebuah syarikat MLM telah membeli California Vitamin lalu dijadikan produk utama mereka sehingga sekarang. Pengembangan pil vitamin sintetik ini berkembang pada tahun 1970-an sehinggalah diganti dengan era produk kesihatan yang kedua pada tahun 1980-an, iaitu produk kesihatan yang dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan, atau herbal.

  Produk kesihatan era kedua ini terdiri daripada produk-produk bersumberkan ginseng, ling-zi, ginko, dan sebagainya. Sehinggalah pada tahun 1990-an, era ketiga produk kesihatan muncul, iaitu produk yang dihasilkan daripada ekstrak anti-oksidan tumbuh-tumbuhan. Kita di Malaysia agak lambat 10 tahun ke belakang kerana produk-produk tersebut hanya muncul dalam tahun 2000-an. Pelbagai jenis produk jus buah-buahan atau tumbuh-tumbuhan dihasilkan, contohnya jus noni, jus mangos-teen, jus aloevera, jus kaktus dan lain-lain. Semua produk ini berkisarkan kandungan anti-oksidan. Ini kerana pada era tersebut, ahli sains telah mengkaji dan memaklumkan bahawa kandungan anti-oksidan tumbuh-tumbuhan yang tinggi dapat mencegah penyakit, menghalang jangkitan kuman, mengubati penyakit-penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung,  kencing manis, barah, dan seumpamanya.   

  Kini, bidang sains perubatan kesihatan telah mendapati bahawa penguatan dan pembiakan sel jantung atau liver adalah kunci utama kesihatan. Ini merupakan era terkini dengan adanya bidang kajian sains kesihatan biomedical. Produk biomedical adalah produk kesihatan yang dapat menyembuhkan organ-organ pada tubuh.

(…akan bersambung. Untuk sebarang kemusyikilan, sila email: rbcbiomedical@gmail.com, terima kasih!)